Minggu, 19 September 2010

Tips motivasi – Kenapa Anda menjadi malas?






Kenapa Anda jadi malas?

Sebab Anda tidak ada apa-apa untuk dibuat, Anda memilih untuk berdiam diri, Anda rasa ‘berat’ untuk melakukan, Anda tidak rasa betapa pentingnya benda tu dibuat sekarang.

Setiap orang ada kemalasan sendiri. Sepanjang masa Anda boleh rajin, Anda boleh terus membuat kerja berhari-hari dengan istirahat minumum. Anda ada motivasi, membuat Anda berusaha sedaya upaya berjam-jam lamanya.

Sampai ke satu masa nanti tubuh Anda akan jadi kurang bermaya. Anda tak akan dapat mengawal saat itu.

Motivasi diri Anda mulai bergoncang rapuh.

Pada masa itulah malas muncul sebab saat untuk malas muncul sudah tiba.

Anda merasa mengantuk, rimas, lemas.

Menutup mata lalu berbaring untuk tidur terasa lebih enak untuk dilakukan. Malas, dari aspek positifnya merupakan situasi di mana sel-sel tubuh memberi petanda biologi pada minda meminta sedikit masa untuk pulih semula setelah lama bekerja.

Dalam usaha memburu kejayaan, Anda bagamana belajar bagaimana mengawali malas. Bermalas-malas ada masanya. Kelak dikuasai oleh malas, sebaliknya biar Anda mengawali malas. Simpan malas, kumpulkan lalu lepaskan kesemuanya pada masa tertentu, bukan malas sepanjang masa.

Orang malas ada hak untuk berjaya, cuma mereka tidak mahu berusaha kuat sekarang ini. Orang malas memilih untuk bersenang-senang dulu, bersusah-susah kemudian.

semoga bermanfaat,

Popular Posts

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes